Impak Global

Lebih daripada 90% filem yang baru dikeluarkan yang muncul secara haram di internet dan di kaki lima di seluruh dunia berasal daripada salinan haram yang dibuat di pawagam.

Kecurian Filem adalah satu industri yang menyalahi undang-undang di seluruh dunia dan merugikan berbilion dolar terhadap industri filem setiap tahun.

Pencuri filem sering dikaitkan dengan organisasi jenayah dan mereka mencari peluang untuk mendapatkan rakaman awal filem terbaru dalam tempoh beberapa hari pertama siaran di pawagam.

Rakaman ini sering dimuat naik ke laman web video haram selepas beberapa jam tayangan perdana filem tersebut dan mencetuskan banyak pemuat turun haram yang ketara yang boleh memberi kesan negative terhadap prestasi filem di pawagam dan seluruh kitaran pengagihan filem tersebut.

Pencuri filem juga menjual rakaman yang tidak dibenarkan kepada makmal pembuatan haram DVD yang menyalin, membungkus dan menyediakan filem-filem untuk dijual di pasaran gelap.

Seperti setiap perniagaan, industri perfileman bergantung kepada keuntungan untuk melabur dalam produk masa hadapan. Kecurian filem akan mengakibatkan filem akan kurang dibiayai dan bermakna peluang pekerjaan tidak dicipta dan barangan dan perkhidmatan tempatan – seperti tiket di pawagam anda – tidak dibeli.

Kecurian Filem bukan jenayah tanpa mangsa, dan anda juga adalah salah seorang mangsa. Sebelum pencurian file mini menjejaskan industry Hollywood, ianya terlebih dahulu menjejaskan pihak peniaga tempatan di mana mereka telah kehilangan keupayaan untuk bersaing dan juga menjejaskan kapasiti mereka untuk menyediakan pekerjaan tempatan. Orang yang mencuri filem sebenarnya mencuri wang dari setiap pawagam … dan hasilnya peluang pekerjaan di industri akan semakin berkurangan.

Kakitangan pawagam seperti anda adalah barisan hadapan dalam perang terhadap kecurian filem dalam industri filem.

adminHome